Tuesday 25 December 2012

Pengalaman BERNIAGA di Konvokesyen USIM kali ke-10

Assalamualaikum semua..=)

Alhamdulillah, akhirnya selamat juga kami berdua selesai berniaga di konvo USIM pada hujung bulan 11 yang lalu. 


Actually, mintak maaf banyak-banyak coz lambat sangat nak update post terbaru. After kitorang habis berniaga di konvo USIM, sempat gak gi berjimba di Melaka walaupun untung tak berapa banyak sangat. Haha..

Harap-harap pengalaman kitorang ni bolehlah dijadikan panduan pada peniaga-peniaga especially crafters kecil-kecilan cam kami ni ye..

Untuk tahun 2012 ni, untuk gerai 10 kaki x 10 kaki = RM1200 (gerai kering). Gila naik harga dari tahun lepas. Mula-mula nak berniaga tu, memang berkobar-kobar den. Sekali tengok harga, amik kau (dia ingat aku cap duit, sesenang je nak cari RM1200 kan)



Dimudahkan cerita, kitorang carilah sesape kawan yang berminat nak join berniaga. Alhamdulillah, ada dalam 5 orang berminat. Biasalah, diorang pun berniaga kecil-kecilan cam kitorang ni. Ada jual kek, jam, tudung, kerongsang, multiberry and macam-macam lagi ar. Yelahkan, nak cover harga sewa masing-masing and cari untung.

So, bolehlah korang view sikit antara barang-barang yang kitorang jual ye..

Keychain Handmade yang 'HOT' sale

Bantal KONVOKESYEN..

Cekak Rambut dan Pin Rambut yang SUPERCUTE..

Reben Handmade..

Bunga Hiasan Rumah Gaya Moden..


Hari first kitorang berniaga (hari Khamis), customer memang lembap cam siput ar, total perniagaan hari tu around RM150/++ je. Kiranya expectation memang takleh tinggi sangat ar. Kawan-kawan yang kongsi berniaga pun x dapat banyak sangat tapi takkan kitorang nak tanya lak kan. Hehe..

Hari second cam banyak sikit customernya berbanding semalam (hari Jumaat banyak rezeki orang kata), barang pun sikit-sikit adalah untungnyer. Totalnya memang banyak sikit around RM500/++

Esoknya, hari Sabtu, kitorang memang tak jangka langsung. Yelah, memang ramai orang datang coz Sabtu cuti kan. Especially, hari Sabtu ni hari KONVO. Tapi memang bisnes kitorang jatuh giler. Tak ramai orang singgah pun. Sob..sob..sob..
Memang kena ingatkan diri sendiri ar yang tak semua orang akan singgah dan beli barang kita kan. Sabar jelah.

Haa, mesti korang nak tau berapa kitorang dapatkan?? Dalam RM200/++ je. Tu pun after kakak aku pi menjaja kat dewan konvokesyen tu. Cian dia tau. Huhu..

Last day, hanya doa je yang mampu mengiringi kami tuk teruskan perniagaan ni. Dari pagi sampai petang memang tak ramai orang pun. Dalam kul 3 petang, dah ada peniaga yang berkemas-kemas nak balik. Tapi, kitorang semangat lagi, mana tau ada rezeki kan.. Insya-Allah..

Akhirnya, dalam kul 6:30 petang, kitorang pun start packing barang tapi ada peniaga-peniaga yang belum balik usha barang-barang kat kedai kitorang. Tambahlah rezeki sikit for last day. Alhamdulillah..=)

Jadi total fulus/duit yang kitorang dapat around RM1000/++. Tu belum tolak modal tau. Huhu..
Tapi, kitorang bersyukur sebab perniagaan kitorang ni kecila-kecilan kan. Dapatlah sikit gak dari xde pape kan.

Tapi, pengajarannya, bukan kitorang je x untung banyak, peniaga yang lain pun sama..

Nantikan post seterusnya tentang "Kelemahan Pengurusan Pihak USIM bagi Konvokesyen ke-10". Kami rasa amat berguna agar ramai tak terkena macam kami gak.

Sekian sahaja dari NzZ Felt and Ribbon Craft. Till we meet again.